Kursus EDUWEBTV.COM

Tarikh : 12 Mac 2009 (Khamis)
Masa : 11.15 pagi - 1.15 tgh hari (Guru sesi petang)
1.15 ptg - 3.15 ptg (Guru sesi pagi)
Tempat: Makmal Komputer 1, SK Sri Kelana
Peserta: Semua guru SK Sri Kelana
Fasilitator: En Aminuddin Bin Shoib (Fasilitator kursus EDEWEBTV Daerah Petaling)
Objektif:
Diharap kursus ini dapat menolong guru mempelbagaikan strategi atau teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Perkhemahan Kokurikulum 2009

Murid tekun mendengar penerangan guru


Antara ragam-ragam murid dan guru sepanjang aktiviti
Tarikh: 3 & 4. 4.09
Tempat: SK Sri Kelana

Matlamat:

1) Membina sahsiah / jati diri /etika murid.
2) Menimba pengalaman / pengetahuan dalam aktiviti perkhemahan.
3) Menambah kekuatan emosi , fizikal dan mental murid.Lebih memahami mengenai unit beruniform masing-masing melalui aktiviti yang dijalankan
Refleksi:
Murid yang terlibat dalam perkhemahan ini memberi maklumbalas yang baik dan berharap perkhemahan seperti ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Road Run 2009



Tarikh: 16.1.2009
Tempat: SK Sri Kelana

Mesyuarat Agung PIBG 2009



Tarikh: 21 Feb 2009
Tempat: Dewan SK Sri Kelana
Masa: 2.00 pm

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah:

Kecemerlangan AkademikKecemerlangan KokurikulumKecemerlangan Emosi, jasmani, dan rohaniKecemerlangan fizikal dan persekitaranKecemerlangan profesionalismeKecemerlangan pengurusan dan kepimpinan

Misi Sekolah:

  • Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulumMelahirkan warga sekolah yang seimbang harmonis, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif, berakhlak mulia dan penyayang
  • Melahirkan insan yang mempunyai semangat cintakan negara, menghormati agama, dan bermoral tinggi
  • Mengekalkan hubungan yang erat dengan PIBG, bekas pelajar serta masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti
  • Mewujudkan suasana fizikal yang indah dan ceria
  • Mewujudkan warga sekolah yang celik teknologi maklumat dan komunikasi

KETAHUI FALSAFAH SEKOLAH..
Usaha-usaha pendidikan yang berkesan dan berterusan serta bimbingan yang gigih di SK Sri Kelana akan melahirkan individu-individu yang berdisiplin dan berjiwa tinggi yang dapat mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan dalam semua bidang kehidupan selaras dengan aspirasi ibu bapa, masyarakat dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH..

  1. Memastikan pelajar menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi.
  2. Menekankan kepada pelajar betapa pentingnya bertutur, memahami, dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
  3. Membimbing pelajar secara berterusan bagi menguasai 3M yang kukuh.
  4. Membina sikap dan perlakuan yang positif dan bernilai murni.
  5. Melahirkan pelajar yang cemerlang, berbakat dan berdaya.
  6. Mengukuhkan kekuatan fizikal dan mental pelajar.
  7. Meningkatkan keceriaan sekolah.
  8. Mengekalkan perhubungan yang erat antara ibu bapa dan masyarakat melalui perkhidmatan yang cekap dan berkualiti.
  9. Peka terhadap "SEKOLAH SEBAGAI SEBUAH INSTITUSI MASYARAKAT DAN SEKOLAH PENYAYANG"..

LAGU SEKOLAH (BERUSAHA UNTUK BERJAYA):

Sekolah kita Sri Kelana Lambang kemajuan kita

Tunaikan amanah ibu dan ayahHidup mesti berjaya

Jasa guru kami tak akan lupa

Majukan diri sentiasa

Amalkan Rukun Negara

Capailah cita-cita

Berusaha untuk berjaya

Cogan kita bersama